Saturday 20 January 2018

PPDAlurLimbat Dato Saiful Bahri bersama Rej 512 Aw


Hujan lebat awal pagi tadi tidak menghalang YB A. Latiff dan Dato PPDAL menyertai Majlis Ramah Mesra Rejimen 512 Askar Wataniah Padang Midin. Dato PPDAL juga diberi penghormatan untuk menandatangani plak -  Kolam Limbat untuk kegunaan aktiviti riadah anggota kem berkenaan. Meriah dan Mesra.

Wednesday 17 January 2018

Usaha Dato Saiful Bahri PPD Alur Limbat

 Dato PPDAL bersama pengarah pendidikan Negeri dan daerah KT berbincang di Bgl Cempedak utk majlis pecah tanah sekolah baru yg akan dibina -SMK Serada
Terimakasih YAB MB, YB menteri pendidikan dan YB exco pendidikan dan Dato PPDAL kite, impian menjadi kenyataan


Tuesday 16 January 2018

Dato saiful bahri PPD Alur Limbat cakna rakyat

Kunjungan Dato PPDAL ke kediaman Pn. Rahmah binti Awang di Cawangan Pengkalan Setar selain merisik khabar turut menyerahkan Bantuan Kerusi Roda kepada beliau. Alhamdulillah, Syabas Dato' kerana sentiasa CAKNA KEPERLUAN RAKYAT.

Ziarah kasih Dato Saiful Bahri PPD Alur Limbat

Rutin ziarah Dato PPDAL diteruskan. Hari ini ke Cawangan Tok Badir, bertanya khabar serta keperluan 3 warga cawangan ini yang mempunyai masalah kesihatan. Semoga dipermudahkan usaha Dato'. InshaaAllah.

Monday 8 January 2018

PPD Alur Limbat- Dato Saiful Bahri meninjau masalah air bertakung

Dato PPDAL tengahari ini meninjau kawasan air "termenung" di Laluan Kg Gelugor Hj Tahir dan dengan bantuan Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta J3K, masalah berkenaan akan dapat diatasi dalam kadar segera.

Friday 5 January 2018

6 Januari 2018

hari keenam bagi tahun 2018

- hampir seminggu memasuki tahun 2018 dan aku melaluinya dengan tenang dan Redha atas semua yang berlaku...
- aku sabar dan terus bersabar walaupun hati terasa masih sakit namun aku masih mampu tersenyum

semoga aku sentiasa sabar dan terus sabar

walaupun kadang2 bila terfikir rasa mcm bodoh je diri nie...biar je apa yang berlaku...

Dato Saiful Bahri PPD Alur Limbat

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Menjana Pendapatan secara Digital melalui Platform eRezeki anjuran *Kelab Waris PBAKM Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Alur Limbat* di Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok, di rasmikan oleh  Dato PPDAL. Pesrta terdiri drpd surirumah dan individu yang berminat untuk menambah pendapatan melalui perniagaan secara dalam talian/online. Tahniah buat semua, semoga dapat memanfaatkan ilmu perniagaan ini sebaik-baiknya.

Dato Saiful Bahri PPD Alur Limbat dalam majlis Ramah Mesra

Selepas solat Jumaat Bersama *Tuanku Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah* Dato PPDAL ke majlis  ramah mesra di KG Banggol Cempedak dan turut hadir sama pegawai daerah KT tuan hj azmi razik dan penghulu mukim.

PPD Alur Limbat Dato Saiful Bahri bersama Pengusaha Keropok

PPDAL Dato' Saiful Bahri sebelum solat Jumaat, singgah sebentar di Kg Pengkalan Setar berbual dan bertanya khabar dgn sebahagian pengusaha kerepok lekor - antara produk terkenal yang diusahakan di dalam DUN Alur Limbat.


PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...