Monday 11 December 2017

Luahan Hati

12 Disember 2017

Hari nie terasa rajin nk berkongsi sedikit rasa hati...
hari nie dah hampir 9 bulan aku pendam rasa hati, masih mampu kah aku untuk terus bertahan dan bersabar???

9 bulan yang lalu aku hampir jatuh, hampir hilang keyakinan diri kerana seseorang yang aku gelar  sahabat. seorang yang sangat aku sayang sebagai seorang sahabat, yang sentiasa ada di saat suka dan duka aku, berkongsi pelbagai cerita dan rasa.

namun tak pernah aku sangka, rupanya disebalik keakraban itu tersembunyi satu rahsia hati yang x pernah aku duga. mungkin aku salah dalam mentafsir rasa hati itu namun pembohongan demi pembohongan membuka mata aku untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

dan aku sedar satu perkara, dimana aku selama nie buta dalam melihat...aku xnmpak apa yang berlaku sebenarnya walaupun di depan mata. disaat aku sedar apa yang berlaku, aku rasa seperti diri nie .................................... hanya Allah SWT sahaja yang tau apa rasa di hati nie. Airmata yang sentiasa menemani aku hampir berbulan lamanya dan sehingga kini rasa itu masih ada walaupun aku cuba untuk melupakan dan menafikan perkara itu. 

senyuman yang sentiasa ku ukir bila berdepan kadang2 rasa sukar untuk mengikhlaskannya..



No comments:

Post a Comment

PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...