1 tin jagung kernel
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula1 1/2 cawan tepung kastad
3 cawan air
garam secubit
Cara-cara membuat puding jagung:-
- Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
- Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
- Masukkan ke dalam loyang atau talam.
- Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
Tip-tip untuk membuat Puding Jagung
- aku gunakan kuali sebab senang nak kacau dan senang nak basuh kuali tu nanti
- sentiasa kacau adunan supaya tidak bergentel-gentel
- gunakan sudip kayu, time kacau tu takdelah bunyi bising besi berlaga
- blend tepung kastad dengan air supaya senang sebati, kalau kacau pakai tangan boleh tapi guna tenagalah sikit.. baik simpan tenaga untuk kacau adunan atas api
- untuk respi di atas mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk masak
- kalau sesiapa yang tak suka manis.. boleh kurangkan kuantiti gula ke secawan
Tengok resepi dengan cara buat
memang nampak senang.. tapi yang mencabar bila kita kena sentiasa kacau untuk
elak puding hangus dan berketul-ketul.. lenguh jugaklah tangan ni mengacau.. so
kalau makcik-makcik jual puding ni RM0.50 seketul tak payah bising-bising atau
cakap mahal.. letih+lenguh tau nak buat puding ni..