Hati,
Berdetak seribu rasa,
Mempamer berjuta duka,
Namun tak mampu diluahkan,
Bibir tak terkata,
Suara tiada irama,
Terus tersimpan rasa pedih itu,
Menahan mutiara dari gugur,
Menahan mata dari kabur,
Kedua ulas bibir menguntum senyum,
Kerana tahu tiada maknanya ditangisi,
Tiada siapa akan mengerti,
Biarkan duka terus berkubur,
Bersemadi bersama resah dan gundah,
Hati,
Adakalanya terlalu rapuh,
Mudah patah bak kristal,
Mudah berderai bak kaca,
Mudah gugur bak kelopak mawar,
Namun diluar ini dipamerkan sebaliknya,
Melalui wajah hati umpama batu,
Nampak keras dan tegar,
Seolah kuat dan kukuh,
Hati,
Sudahkah kau ketahui,
Ratapanmu tiada ertinya lagi,
Teruslah bertabah kerana Allah lebih mengerti,.
Saturday, 21 June 2014
Wednesday, 11 June 2014
Sekadar Renungan
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...
-
PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...
-
Peluang bertemu dan Menyantuni orang-orang lama, PPDAL Dato Hj Saiful Bahri sempat berkongsi dan mendengar pelbagai pengalaman sambil mengop...