mengira detik untuk memasuki tahun baru 2018...
Tahun 2017 mengamit pelbagai memori, pelbagai rasa dan pelbagai kejadian...
2017 :-
Permulaan tahun 2017 aku mula hilang keyakinan diri bila aku rasa aku di khianati...
Pertengahan tahun 2017 aku mula hilang diri aku yang sebenarnya bila mana aku disakiti...
Akhir tahun 2017 aku mula mencari kekuatan untuk kembali kepada diri aku sendiri...
2017 :-
Tahun yang paling banyak aku mengalirkan airmata kerana rasa sakit yang tak tertanggung, hanya mampu meluahkan melalui airmata... pernah satu saat aku hilang arah tuju bila aku merasakan terlalu sakit di khianati oleh insan2 yang aku sayang...namun hati tak mampu untuk membenci.
Setahun memendam rasa, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu berapa sukarnya hati ini untuk terus bertahan demi sebuah tanggungjawab. Dan hari nie 31-12-2017 hari terakhir bagi tahun 2017 dan aku akan jadikan tahun 2017 sebagai satu kenangan yang akan aku kenang.
2018 :-
Semoga tahun 2018 akan lebih bermakna buat diriku...
Sunday, 31 December 2017
Friday, 29 December 2017
Dato Haji Saiful Bahri PPD ALUR LIMBAT - Meraikan Minat Orang Muda
Jumaat - Dato Hj Saiful Bahri PPDAL meneruskan aktiviti terakhir pada hari ini dengan bersama anak muda PDM Beladau Selat dalam Santai Futsal Hore Hore akhir tahun 2017.
#MeraikanMinatOrangMuda
#291217@10.00malam
Thursday, 28 December 2017
Back To School - Dato Hj Saiful Bahri PPD ALUR LIMBAT
Dato Hj Saiful Bahri PPDAL bersama sebahagian dari penerima DUN Alur Limbat sempena Program Back 2 School Peringkat Parlimen Marang bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Marang Kg Paya Marang semalam. Terima kasih Tabung Haji Malaysia di atas sumbangan bantuan persekolahan kepada anak-anak ini.
#Alhamdulillah
#Khamis281217
#Alhamdulillah
#Khamis281217
Monday, 25 December 2017
Keikhlasan Dato' Haji Saiful Bahri - PPD ALUR LIMBAT
"Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
Alhamdulillah...Dato' Haji Saiful Bahri yang sentiasa ikhlas dengan setiap pemberian walau siapa pun mereka.
Alhamdulillah...Dato' Haji Saiful Bahri yang sentiasa ikhlas dengan setiap pemberian walau siapa pun mereka.
Dato' Saiful Bahri bersama Masyarakat - PPD ALUR LIMBAT
Peluang bertemu dan Menyantuni orang-orang lama, PPDAL Dato Hj Saiful Bahri sempat berkongsi dan mendengar pelbagai pengalaman sambil mengopi bersama mereka pagi tadi di Kg Gelugur Kedai. Santai, Mesra dan Menarik.
#TeganuMolekDoh
#251217Isnin
#TeganuMolekDoh
#251217Isnin
Sunday, 24 December 2017
Kecaknaan Dato Hj Saiful Bahri - PPD ALUR LIMBAT
Berkhidmat tanpa mengira waktu, malam ini PPDAL Dato Hj Saiful Bahri menziarahi beberapa Warga Dun Alur limbat di HSNZ yang sedang menerima rawatan di sana. Semoga dipermudahkan d dikembalikan kesihatan seperti sediakala. InshaaAllah.
Saturday, 23 December 2017
Kesabaran Hati
Wahai hati sabarlah walau apa jua yang berlaku baik di depanmu @ di belakangmu...
Berdiamlah selagi mampu, sesungguhnya DIAM itu lebih baik dari berkata2...
☺☺☺
Berdiamlah selagi mampu, sesungguhnya DIAM itu lebih baik dari berkata2...
☺☺☺
Tuesday, 19 December 2017
Antara Pilihan & Ketentuan (3)
Hidup ini dijadikan oleh Allah sbg medan ujian bagi menilai setiap amalan para hambaNya. Setiap hamba memerlukan petunjuk dalam setiap tindakannya.
Nabi Muhammad saw menunjukkan jalan dan cara menentukan pilihan. Daripada Jabir bin Abdillah berkata, "Rasulullah mengajarkan istikharah kepada kami dalam semua urusan sebagaimana beliau mengajarkan ayat-ayat Al-Quran".
Nabi Muhammad berpesan "Sekiranya seorang antara kamu berkeinginan keras membuat sesuatu perkara, dia perlu mendirikan solat dua rakaat yang bukan solat Fardu, kemudian membaca Doa". Maksud Doa ada ah Doa Istikharah.

Sunday, 17 December 2017
Kecaknaan Dato Hj Saiful Bahri - PPD ALUR LIMBAT
Dato Hj Saiful Bahri PPDAL meneruskan kecaknaan dan menyelesaikan segera masalah Mok Long seorang ibu tunggal di Kg Banggol Mempelam yang mengalami masalah lantai rumah yang termendap akibat banjir baru-baru ini.
Saturday, 16 December 2017
Kesabaran Hati
Aku cuba untuk kuat namun aku xmampu...
Aku cuba untuk memaafkan namun aku xmampu...
Aku cuba untuk melupakan namun aku xmampu...
Setiap kali rasa sakit itu datang hanya airmata y jadi peneman... walaupun x di lihat pd zahirnya tapi aku tetap sakit...
Setiap senyuman aku tak mampu untuk hilangkan rasa itu...
Aku mencari Kesabaran Hati namun aku xmampu...

Kebesaran Allah
Hari nie aku melihat satu lg kebesaran Allah...
Allah yang mencipta sekian Alam...
Ya Allah hanya kepada mu tempat kami memohon segala pertolongan & kebaikan...
Lindungi lah kami dari segala perkara yang engkau tidak redhai....
Thursday, 14 December 2017
Antara Pilihan & Ketentuan (2)
Kita perlu sentiasa menyedari, hidup ini adalah medan perjuangan. Tuhan membekalkan kepada kita persiapan dan pilihan. Allah berkata dalam surah Al-Mulk, ayat 2 "Dia yang menjadikan hidup dan mati, supaya Dia dapat menguji siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
Pertolongan Allah sentiasa hadir dalam kehidupan orang yang beriman. Allah menjelaskan dalam surah Al-Anfaal ayat 29, "wahai orang yabg berina, apabila kamu bertakwa kepada Allah, pasti Allah memberikan petunjuj serta menghapuskan segala kesilapanmu. Allah juga mengampuni dosa2 mu kerana Allah mempunyai kurnia yang besar".

Antara Pilihan & Ketentuan (1)
Ibnu Taimiyah menyatakan, fitrah hati manusia berhajat kepada Allah atas dua sebab, iaitu beribadat dan berserah diri. Hati menjadi tidak tenang selagi tidak sepenuhnya beribadah dan menyembah Allah dengan rasa cinta yang mendalam kepadaNya. Ini bertepatan dengan maksud sebaris DOA yang terkandung dalam surah "Al-Fatihah", Allah menjelaskan, "Hanya kepada Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan".
kita perlu yakin, apabila kita merelakan seluruh hidup ini supaya mengabdikan diri kepada Allah, tersingkap Hijab Hati lantas membuatkan sifat Insaniah kita menjadi sempurna.
ini bermakna kita mampu :-
* Mengenali Diri
* Menemui Rahsia Kewujudan
* Merasai Kebahagian Rohani

Wednesday, 13 December 2017
Keyakinan Diri
hari nie aku ingin membuat perubahan kerana masa yang tinggal hanya beberapa bulan je agi...
aku ingin cuba melepaskan semua rasa kecewa dan duka yang aku rasa selama beberapa bulan nie dan aku harap aku mampu melakukan tanpa menyakitkan hati orang lain dan hati diri sendiri.
aku sedar sejak beberapa bulan nie ramai orang disekelilingku terasa akan perubahan diriku ini, namun aku tidak mampu untuk menyembunyikan rasa kecewa dan sakit itu kerana aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan.
aku berharap dan aku berdoa agar mulai hari ini aku akan kembali kepada diriku yang dulu yang sentiasa tersenyum walaupun apa pun rasa yang aku tanggung..
Maksud Ikhtilas
Membuat sesuatu kerana Allah. Membuat sesuatu hanya untuk mendapat redha Allah. Kita manusia sukar untuk mencapai tahap ikhlas. Jadi dari situ wujudnya perkataan ikhtilas. Buat hanya untuk Allah bukan untuk manusia. Wallahualam :)
Monday, 11 December 2017
Luahan Hati
12 Disember 2017
Hari nie terasa rajin nk berkongsi sedikit rasa hati...hari nie dah hampir 9 bulan aku pendam rasa hati, masih mampu kah aku untuk terus bertahan dan bersabar???
9 bulan yang lalu aku hampir jatuh, hampir hilang keyakinan diri kerana seseorang yang aku gelar sahabat. seorang yang sangat aku sayang sebagai seorang sahabat, yang sentiasa ada di saat suka dan duka aku, berkongsi pelbagai cerita dan rasa.
namun tak pernah aku sangka, rupanya disebalik keakraban itu tersembunyi satu rahsia hati yang x pernah aku duga. mungkin aku salah dalam mentafsir rasa hati itu namun pembohongan demi pembohongan membuka mata aku untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.
dan aku sedar satu perkara, dimana aku selama nie buta dalam melihat...aku xnmpak apa yang berlaku sebenarnya walaupun di depan mata. disaat aku sedar apa yang berlaku, aku rasa seperti diri nie .................................... hanya Allah SWT sahaja yang tau apa rasa di hati nie. Airmata yang sentiasa menemani aku hampir berbulan lamanya dan sehingga kini rasa itu masih ada walaupun aku cuba untuk melupakan dan menafikan perkara itu.
senyuman yang sentiasa ku ukir bila berdepan kadang2 rasa sukar untuk mengikhlaskannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...
-
PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...
-
Peluang bertemu dan Menyantuni orang-orang lama, PPDAL Dato Hj Saiful Bahri sempat berkongsi dan mendengar pelbagai pengalaman sambil mengop...