Sunday 31 December 2017

Ambang Tahun Baru 2018

mengira detik untuk memasuki tahun baru 2018...

Tahun 2017 mengamit pelbagai memori, pelbagai rasa dan pelbagai kejadian...

2017 :-

Permulaan tahun 2017 aku mula hilang keyakinan diri bila aku rasa aku di khianati...
Pertengahan tahun 2017 aku mula hilang diri aku yang sebenarnya bila mana aku disakiti...
Akhir tahun 2017 aku mula mencari kekuatan untuk kembali kepada diri aku sendiri...

2017 :-

Tahun yang paling banyak aku mengalirkan airmata kerana rasa sakit yang tak tertanggung, hanya mampu meluahkan melalui airmata... pernah satu saat aku hilang arah tuju bila aku merasakan terlalu sakit di khianati oleh insan2 yang aku sayang...namun hati tak mampu untuk membenci.

Setahun memendam rasa, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu berapa sukarnya hati ini untuk terus bertahan demi sebuah tanggungjawab. Dan hari nie 31-12-2017 hari terakhir bagi tahun 2017 dan aku akan jadikan tahun 2017 sebagai satu kenangan yang akan aku kenang.

2018 :-

Semoga tahun 2018 akan lebih bermakna buat diriku...

No comments:

Post a Comment

PERSAHABATAN Alhamdulillah aku di kelilingi kawan2 y sentiasa ada dikala susah dan senang, sedih dan ketawa, menerima diri ini seadanya... Y...